Powered By Blogger

Wednesday 15 June 2011

Antara Ikhtiar dan tawakal

Salam....2all...............Buai laju laju sampai pohon sena......                                                                   
                                  Apa dalam baju sekuntum bunga cina....



Selesai...mengerja kan solat isyak aku keluar di halaman rumah duduk di bawah pokok cery yang rendang ....
cuaca malam itu begitu nyaman tiada gangguan bunyi kenderaan tiada pencemaraan udara ,yang ada deruaan angin yang meniup lembut....begitu lah kenyamaan hidup di kampung,tanah tumpah nya darah ku  .
Aku mengimbas kembali perjalanan yang ku lalui di siang tadi.....Huuuuuhuuu...aku mengeluh dan bersyukur atas apa yang di tentu kan oleh Nya......


kesah nya .....antara jam 12;30 isteri berkata  '' bang cermin mata yg kita tempah kat Batu pahat tu siap ari ni kan...? ''ya ke...? '' sahut ku..sambil mencari reset di tepi dinding . '' ya...lah '' nanti lepas zuhur kita gi ambil '' aku terus membersih kan diri mengambil wuduk ....selesai mengerja kan solat zuhur aku berdoa agar pejalanan ku di lindungi dari musibah .....Aku mengambil kunci kereta tua ku yang banyak berjasa pada kelurga dan jiran tetangga . Perjalanan antara melaka ke batu pahat memakan masa dua jam perjalanan  .


45 minit perjalanan aku sudah berada di leburraya AMJ ....sampai  di persimpangan pagoh kereta ku mula meragam.....enjen mula semput tapi masih boleh berjalan...tak sampai sepuluh minit perjalanan enjen kereta ku terus mati ditengah tengah lebuh raya ....hooooonnn....honnnnnn.teeeeen..bunyi kenderaan di belakang ku. dengan selamba aku keluar dari kereta serta mengangkat tangan macam org salah .....di kenderaan belakang
Di sini dapat ku rasa kan betapa ada pemandu yang hilang kesabaraan oleh kerana berapa minit ter kandas di belakang.......Tapi ada jua yang bersimpati lalu mengulur kan bantuan...'' kenapa bamg '' sergah seorang pemandu di belakang... '' tak tahu lah enjen tiba tiba berhenti '' kita tolak ketepi dulu bang  '' sambil menolak kereta ku ketepi , '' abang nak kemana..? ''  '' batu pahat '' sahut ku.oleh kerana keadaan di persimpangan tu terlalu sibuk tak sempat aku mengucap kan terima kasih pada hamba Allah yang menolong aku tadi...pandang belakang dah hilang....


Cuaca  ari tu wauuuu.. panas terik....aku membuka bonek kereta .....apa yang aku boleh buat ????
Aku bukan seorang maknik..! aku hanya seorang wireman ! . Apa yang biasa orang buat aku buat ...trai stat enjen keeeeeekkkkk zummmmm enjen hidup,,,praaapppp,,popp. aku dapat mengngak plag!!!
'' kenapa bang '' isteri ku menanya... '' plag '' dah kena ganti....mana nak cari bandar muar jauh kebelakang ''
aku bejalan hampir setengah km ,jumpa gerai menjual ayam..'' assalammualikum ..''.salam ku di sambut  ''dek mana ada bengkel kereta kat kawasan ni ''  '' bengkel kereta jauh dari sini bang , kenapa kereta abang rosak ke...? ''  ''ahaaa ''  ''kat mana ?  '' tanya penjual ayam tu.. '' kat sana tu '' sahut ku  '' tak apa lah bang mari saya antar kan '' dengan menaik motor kira kira lima belas minet perjalanan baru sampai '' tu bang   '' terima kasih dek  haa berapa  tambang nya ''   ''tak payah lah bang '' saya tolong iklas...'' semuga tuhan balas jasa baik awak '' kata ku dalam hati....


                                                             
Sesampai di bengkel '' taukeh  ada jual plag ke...?  '' apa plag '' sahut taukeh bengkel tu '' kereta ''  taukeh cina tu mula mencari ke hulu kehelir ...pening kepala aku di buat nya. '' .hallo kawan ni benkel jentera belat loli ala ...keleta jalang buat....tapi tu ali ala.. tapi tak tahu mana wa tarukkk..''.sambil mengopis seola ola mencari sesuatu , Mata ku ter pandang sebuah peti ais yang sarat dgn air botol,air kotak dengan segera aku menghampiri nya dan mengambil sebotol 100 plus dengan bismillah dan terus meminum nya '' huuuuhuuu lega ' bisik hati ku ...teringat isteri ku yg menunggu di kereta aku mengambil sebotol lagi...'' taukeh..mana mahu dapat itu plag ahhaa ''  '' bandar muar '' kata taukeh tu..


 Hampir sepuluh minit berbual dgn taukeh bengkel tu ''Ringggg ''  tiba tiba talipon bengkel tu berbunyi dengan pantas taukeh tu pergi ke meja casser seraya menjawab telepon aku dengan rasa sediket keciwa menuju ke meja taukeh utk membayar minuman ..wang Rm 10 aku hulur kan '' berapa '' dengan selamba taukeh mengambil wang dari tangan ku seraya menarik laci bagi memulang kan baki wang minuman . semasa menarik laci itu tiba tiba kami sama sama terpandang satu pat plastik mengandungi plag yg di cari.....'' ayaaa lu punya nasib manyakk baikk ala sini hoo....''  syukurrr amlhamdullah '' bisik hati ku. '' berapa semua taukeh '' dengan memetik calculator '' Rm 26;50 .'' dengan pantas aku membayar dan beredar keluar .


Otak ku berputar putar mencari kenderaan yang menghala ke tempat kereta ku . ternyata agak kan ku berhasil ....'' hello beb tumpang ke sempang sana leh tak ''   ''topi tak ada lah bang ...kalau berani ... boleh  ''  aku tampa ragu terus tenggek blakang mamat ni...diatas motor  '' jauh lagi ke bang '' jauh gekk '' selepas 15 minit aku pun sampai aku memasuk kan Rm 10 dlm kocek mamat tu '' terima kasih beb '' mamat tu terus belalu . sesampai di kereta '' lama nya bang  ''  isteri ku berkata  '' jauh  ''  . Tampa belengah aku mencabut ke empat empat tali plag dan menukar plag yang baru.....jam di lengan menunjukkan hampir 3;20 ptg .


Aku masuk ke dalam kereta lalu stat  '' ngggeegggge broooommm engen hidup ...''Allahamdulillah '' dengan kuat nada ku . aku  segera menutup bonet dan ingin terus kan perjalanan  . setelah gear satu masuk ingen tiba tiba mati  . aku cuba sekali lagi kejadian yg sama . nak jalan engen mati......aku mula putus asa  .aku keluar dari kereta buka bonet cuma dapat melihat saja ....tiba tiba berenti sebuah kereta dan keluar dua org bangsa cina  '' kenapa encikk ''  aku memberitahu masallah kereta tu.. '' ini kena bawa bengkel .. mahu ke kami ada mekenik;;;;'' aku tiada pilihan  cina tu bercakap melalui telipon selesai bercakap ''Haaa  encik kereta encik kena tunda sampai bengkel.....''  hai..tunda berapa  '' aku mahu kan kepastian ''  biasa lah encik 350....''  aku tiada pilihan cuma mengaggguk... '' encik tunggu setengah jam itu kereta tunda datang ...''  '' ok ''sahut ku .
   
Aku masuk ke dalam kereta , dalam kotak fikiraan ku terbayang Rm yang akan terbang ...tunda Rm350  . belum lagi kerosakaan...? kena tipu cina lagiii....'' macam mana ni bang.....?? '' aku terkejut dari lamunan bila isteri ku mencelah pertanyaan.... '' ahhh...tawakal aje lah....,kita dah usaha.....kan''  jawab ku mereda kan susana . Minit terus berlalu kami terus di belenggu persolaan '' bang ,,! tadi abang gii bengkel mana ..? tukang bengkel tu kata apa .....? isteri ku mengacu kan pertanyaan...''Haaa..dia kata ahh....lu punya nasib, manyakkk baikkk....ahahahahah  '' jawab ku sambil ketawa dan disambut helayan ketawa dari isteri ku....'' amin '' jawb isteri ku.......'' aaahh kau tak minum air ni ...''   '' mana ? '' air yg aku beli kan utk isteri ku tadi ...,sedang kami tarik menarik air 100 plus tu ...telepon aku berbunyi aku segera mencapai  dan satu nada lagi...tanda batri akan habis tinggal satu bah bekelip kelip  .


Dengan pantas aku membuka tel..dan melihat siapa yang tel ternyata no yang masuk tak tersenarai dalam kumpalan tel aku....'' Salam.''..''.salam '' terserempak mengucap kan salam ..''.siapa ni ...? ''  '' ni cik aron ke...? ''   ''ya '' sahut ku  . '' saya Deen rumah yang awak wireing tiga bulan lalu kat taman mawar .kelebang ingat tak... ?? Kotak ingatan ku mengimbau kembali rumah cik nerden. yang terlalu teliti dan cerewat dalam menyusun kedudukan lampu di rumah nya kalau tak sabar mahu ku tinggal kan saja tapi perinsip hidup ku yang penting kan queliti kerja dan kepuasaan hati pelangaan aku gagah kan jua . Yang menjadi kan aku tabik kat norden ni ia bayar setiap kali ada penambahan atau ubah suai '' Haa  kenapa bang..? wireing problum ke...? '' aku mengacu kan pertanyaan. , serta nada bunyi batri ku akan habiss . '' tak wireing ok ni abang nak tanya kau , abang ada tukar kepala plag blander ni tapi tak boleh hidup ,,,kau ada free ke,,, ?   '' saya jauh ni bang tapi cuba abang tenggok wire yang abang sambung kat plag tu tebalikk  kot ...? ''  aku cuba memberi bantuan dari jarak jauh  , '' ya ke ..? nanti abang tengok...! kau jauh.. kat mana .. ? '',   '' muar  kereta rosak lah bang ..! '' sahut ku ...'' terukkk  ke..? tanya deen , '' plagg....problum  saya dah tukar baru....tapi masih tak lea hidup....! ''' jawab ku ,   '' Terbalikkk takk....''..tutttt...tutttt.beteri habis perbualan kami terputus......


 ''  Siapa bang  '' tanya isteri ku . '' Deen  ''  jawab ku  ''apa dia nakk...? tanya isteri ku lagi  '' Terbalikkkkk '' kata ku terbalikkk kata deenn.....'' lantas aku keluar dan kedepan bonek membetul kan tali plag yang aku pasang yang no 2 ku tarik dan no3 ku tukar kan ...aku masuk cuba start..nggaaakkkkk...roomm engin hidup.... aku cuba masuk klase  '' haii... engin tak mati  ''  aku segera menutup bonek dan terus meninggal kan tempat yang menjadi sejarah hitam ''. Allahamdulillah......'' .aku menjerit sekali lagi . kali ni betul betul ku rasa kan betapa nikmat nya bila datang pertolongaan dari Nya.....ini lah doa yang ku panjat kan sebelum aku melangkah pergi  . Aku selamat sampai ke batu pahat dan balik ke melaka dengan selamat dan sampai sekarang kereta ku masih boleh beroparasi,,,,,...


 Wallahua'alam dan Wassalam    
 Vatrentimur  13 Rejab 1432
  15 hb, june , 2011  [wed.,]